Car wrapping sticker

Car wrapping sekarang memang jadi pilihan penggemar kereta pada masa sekarang. Daripada korang cat kereta korang dan tunggu seminggu ke dua minggu, dengan car wrapping ni kereta korang boleh siap sepantas dua hari sahaja !

Dekat Malaysia ni mmg banyak kedai wrap sekarang. Tapi pengenalan car wrap terhadap rakyat Malaysia masih kurang mendapat sambutan. Ya la, kat Malaysia ni panas kot ! Satgi tertanggal sticker tu buat naya duit beribu hahaha.

Bercakap tentang duit beribu, mmg org akan fikir yang car wrap ni mahal kosnya. Kalau survey-survey dekat kedai yang wrap yang famous, memang harga dia beribu dan bergantung dengan saiz kereta yang hendak di wrap tu.

Tapi kalau korang mmg minat dgn car wrapping tapi modal tak keras, korang jangan risau. Korang boleh belajar untuk buat sendiri !

Kalau semua benda kita  boleh buat sendiri, kita akan dapat cut kos dengan sangat banyak. Cuma masalahnya sekarang, car wrapping ni senang ke susah nak buat?

Wrap kereta paling famous, Silver Chrome Mirror


Untuk permulaan, korang boleh tengok video car wrapping tutorial dekat Youtube. Memang banyak sangat video yang boleh korang study. Dekat luar negara, car wrapping ni memang mendapat sambutan yang sangat tinggi sebab cat kereta di sana memerlukan masa yang lebih lama, dorang akan remove most of the car parts untuk sembur cat kereta secara menyeluruh. Di luar negara, proses cat kenderaan akan dilakukan secara detailed dan menyeluruh. Oleh itu, car wrapping mmg menjadi pilihan penggemar kereta disana kerana kereta siap dalam 2-3 hari.

Okay berbalik kepada cara nak wrap kereta sendiri, lepas korang dah tengok semua cara-cara utk wrap sebuah kereta, korang kena lah test betul-betul pula. Untuk first time, korang boleh mula dengan membeli sticker carbon Mr. Diy dengan harga yang sangat murah ( RM49.90 utk 1.52 Meter x 3 meter ).

Make sure basic tools utk korang wrap kereta dah ada juga. Squeegee dan heat gun ( pakai hair dryer pun boleh ). Dua benda ni dah cukup utk korang wrap kereta korang. Tapi masa nk wrap tu make sure ada sorang lagi member korang utk tolong korang pegang sticker tu.( buat sorang-sorang boleh. Tapi tools macam magnets akan mudahkan korang utk buat sorang-sorang).

Hasil kerja budak umur 13 tahun. Wrap hood depan Proton Persona.

Mula kan dengan tempat yang mudah dulu macam hood depan atau bumbung. Sebelum mula wrap, bersihkan permukaan yang hendak di tampal sticker tu dengan air sabun atau rubbing alcohol ( cepat kering dari air ). Make sure kereta tak berminyak untuk mengelakkan daripada sticker tidak melekat.

Lepas dah bersihkan, boleh lah mula wrap dengan pelbagai teknik yang korang dah tengok dekat youtube tadi. Macam-macam teknik ada, mula wrap dari kiri ke kanan, bawah ke atas, dan lain-lain.


Kalau sticker korang melekat kuat sangat yang menyebabkan korang susah nak adjust masa korang tampal, boleh sembur air dekat belakang gam sticker tu. Boleh pakai air takde masalah. Tapi jangan berlebihan sbb nanti korang juga yang kena tolak air tu keluar ke tepi.


Untuk parts yang berlekuk, korang panas kan sticker guna heat gun atau hair dryer. Dengan panaskan sticker, korang boleh stretch sticker ikut bentuk lekuk kereta korang tu. Tetapi korang janganlah over-strecth. Sehari dua memanglah nmpk cantik, tapi bila kena cahaya matahari yang panas di negara Malaysia ini, sticker tu akan mengecut semula menyebabkan korang punya sticker tadi tertanggal , ternaik, ter-senteng dan kelihatan cacat.

Untuk mengelakkan hal ini berlaku, korang perlulah panas kan balik sticker korang tanpa stretch sticker tu sebelum korang potong untuk finishing sticker.

Antara tempat yang selalu sticker terangkat. Side mirror dan bumper adalah tempat yang susah nak wrap. (Side mirror savvy senang lah juga sbb xde lampu signal mcm kereta baru sekarang)

Sebelum korang potong sticker untuk buat finishing, korang kecutkanlah dulu dan tampal dalam keadaan sticker korang 'natural state' (sticker tidak di stretch kan / bentuk asal sticker ). Lepas tu barulah korang potong lebihan sticker tu. Gerenti 3 tahun tak tertanggal. Lepastu dah siap satu part, bolehlah teruskan dengan part lain.

Untuk permulaan, sticker carbon yg dijual di Mr. Diy memang membantu untuk proses pembelajaran korang dalam car wrapping ni.


Lepas korang dah bersedia untuk wrap kereta dengan pelbagai colour yang korang nak, korang mesti nak cari supplier yang jual wrap sticker betul tak? Tapi dengan bajet yang tak berapa nak keras, korang nak cari car wrap murah tapi tetap berkualiti yang tahan 3-5 tahun.

Untuk selesaikan masalah korang tu, korang bolehlah mencuba beli dengan supplier sticker ni. Korang boleh jumpa owner supplier sticker ni untuk bincang tentang harga yang mengikut bajet korang. Korang boleh tanya apa sahaja soalan yang berkaitan dgn car wrap yang korang nak tanya.

Pakej wrap paling laris, paling hangat yabedabedu. Siapa yang nak berjinak dengan business wrapping ni, Pakej ni paling sesuai ! Dah boleh jana pendapatan dah !

Pakej wrap untuk orang yang nak mula serius dengan business wrapping ni. Time ni dah boleh buat duit banyak dah.

Pakej paling high-end sekali untuk korang yang betul-betul nak jadi owner kedai wrap. Korang tak payah pening kepala lagi.


Korang nak brand premium ada, nak brand biasa pun ada. Tapi yang penting, harga untuk car wrap murah dan berkualiti tinggi ! Korang boleh survey dulu harga untuk setiap brand dengan supplier lain. Hak membeli adalah hak korang ! Tapi harus diingatkan, car wrap murah memang ada, cuma korang kena pastikan yang ia betul-betul high quality. Tanya orang lain yang tahu tentang car wrap yang berkualiti. Jangan nanti bila dah beli, masa nak pasang korang menangis sebab sticker cepat tukar warna atau berkedut hihihi.

Korang boleh tanya terus owner Wrapid Motorsport ni utk maklumat lebih lanjut tentang car wrap murah tapi berkualiti atau brand premium lain. Nak ajak lepak-lepak pun boleh tiada masalah hahaha. Korang boleh tengok sample sticker dulu. Memang banyak pilihan. Rambang mata korang nanti.

Car wrapping tools pun korang boleh beli sekali. Senang cerita korang boleh buka business car wrapping ni terus kalau korang betul-betul nak buat. Call owner Wrapid Motorsport ni, korang boraklah apa-apa korang nak borak. Whatsapp pun boleh takde masalah. Bincanglah apa sahaja tentang car wrapping yang korang nk tahu. Korang datang showroom lagi baik. Waze je Wrapid Motorsport. Nanti korang sampai lah.

Nak cakap pasal untung buat business car wrap ni, kalau korang buat dekat luar harga RM1200 (paling murah) untuk wrap Matte (colour mati) sebuah Perodua Myvi, dengan bermodalkan RM750 untuk car wrap sticker, korang boleh wrap 3 ( tiga ) buah Perodua Myvi. Korang wrap kereta customer dengan harga RM1200 x 3 buah kereta, sales dah dapat RM3600 dengan modal sticker RM750. Korang rasa ?

RM1200 untuk Perodua Myvi ada sebagai contoh sahaja. Harga market RM1400 - RM3000 ikut jenis sticker dan brand.


Korang tak nak beli satu roll ? Beli ikut meter pun boleh ! ikut korang la nak beli berapa meter pun ! Nak beli satu kaki pun boleh ! Datang showroom Wrapid Motorsport pastu korang pilih la warna apa korang nak.

Untuk pemasangan, korang contact terus owner. Kereta, motor, lori semua boleh.

Okaylah, itu sahaja yang nak saya kongsikan pada harini. Untuk apa-apa pertanyaan, bolehlah contact Wrapid Motorsport di 011 3325 2553. Nama owner En. Syahmi.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca :)

p/s : Semua gambar di atas adalah ikhsan daripada Wrapid Motorsport sendiri. Harga sticker RM750 adalah untuk Semenanjung Malaysia.

Comments